bidadari sanubari

bidadari sanubari

Wednesday 1 February 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum ya tamamulqamar… 
Sejenak berfikir tentang kehidupan didunia yang penuh penipuan..yang penuh dengan fitnah terhadap anak cucu Adam… setiap hamba tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. kesilapan yang kita lakukan bukan kerana kita ini bodoh.. tapi kerana kita tersasar dari landasan yang benar… Maha Suci Allah..kenapa kita sering melakukan kesilapan?? Kerana kita cepat melatah dengan hasutan syaitan laknatullah.. Masya Allah..adakah kerana kita insan yang lemah?? Tidak..jika kita percaya akan Allah, insya allah kita punya kekuatan untuk melawan godaan syaitan.. Allah itu Maha Adil..selagi kita masih bernafas, bertaubat lah setaubat-taubatnye.. peluang taubat masih terbuka.. kitaperlu mencari hidayah Allah… kita boleh berubah menjadi yang lebih baik.. sedangkan seorang pelacur boleh bertaubat, kita pasti boleh lakukannye..
Ada satu kisah di zaman Rasulullah s.a.w..seorang perempuan, bekerja sebagai pelacur.. pada suatu hari, perempuan tersebut mengandung.. perempuan tersebut telah sedar dan beliau bersedia menerima hukuman maka beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..
“ wahai Muhammad rasulku, aku ialah pelacur.. aku telah hamil dan tujuan aku berjumpa kamu kerana ingin memberitahu bahawa aku telah mengandung hasil perbuatan zinaku selama ini. Hukumlah aku wahai Muhammad.. Ampuni aku Muhammad.. Engkau mohonlah pada Allah agar mengampunkan aku..” rintih wanita tersebut. Sahabat-sahabat yang mendengar menjadi marah lalu memberitahu Rasulullah s.a.w agar tidak memaafkan wanita tersebut kerana menganggap perbuatan wanita itu sangat jijik. Rasulullah s.a.w berkata, “pulanglah wahai wanita..kau lahirkan dulu bayimu.. selepas engkau lahirkan bayimu, datanglah semula jumpaku. Akanku menghukummu..”
Selepas wanita itu selamat melahirkan bayinya, wanita tersebut pergi berjumpa dengan baginda. Maka jawab baginda, “pulanglah..engkau susukan anak tersebut.. sehingga anakmu itu tidak menyusu kamu lagi, maka selepas itu engkau datang semula jumpaku”. Selepas tempoh anak itu menyusu dengan wanita tersebut tamat, wanita tersebut dating berjumpa baginda semula.Namun kata baginda, “pulanglah wanita.Engkau berikan pendidikan dan menjaga anak tersebut sehingga anak itu pandai berdikari. Sayangilah anak itu.” Maka pulanglah wanita itu.Sehinggalah anak itu sudah besar dan pandai hidup berdikari, wanita itu berjumpa lagi dengan baginda.“Ya Muhammad, aku sudah melaksanakan segala yang engkau suruh. Sekarang hukumlah aku dengan hukuman yang setimpal kerana perbuatanku dulu..aku sudah insaf. Hukumlah aku. Tak sanggup aku untuk terus hidup.” Maka baginda pun mengambil rotan untuk menyebat wanita itu namun baginda tidak menyebat wanita itu. Baginda berkata, “ pulanglah wanita kepada keluargamu. Mereka lebih memerlukan kamu.Kamu sudahku ampunkan.Maka wanita itu pulang dengan rasa yang gembira.
Wahai saudara seagamaku, tidakkah kalian lihat betapa mulianya peribadi Rasulullahs.a.w..setiap manusia yang bertaubat, selagi pintu taubat dibuka, taubatnya akan diterima. Walaupun seorang pelacur. Masya Allah..subhanallah.. hebat sungguh kuasa Allah.. Janganlah kalian berfikir kalian sudah tua, tidak layak untuk bertaubat atau taubat tidak akan diterima..kita yang masih bernyawa ini tidak kira usia perlulah sedar & insaf dengan setiap perbuatan kita. Walaupun kesalahan kita hanya sebesar hama..sesungguhnya Allah Maha Adil.. peluang kedua untuk kita sentiasa ada. Peluang ada pada kita.Kita yang perlu memilih. Ingatlah wahai saudara-saudaraku..dunia dah akhir zaman. Bila-bila masa sahaja Allah akn menarik nyawa kita.Kita tidak boleh kata, “sekurang-kurangnya ingat Tuhan sekali cukup la.”Wahai saudaraku, tidak boleh berkata seperti itu.Kita sebagai hamba Allah, perlu sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.Allah Maha Melihat.Setiap perbuatan kita sentiasa dipantau.Malaikat Ratib & Rakib mencatat setiap amalan yang kita lakukan.Renung-renungkanlah..semoga ukhuwah yang terbina ini berada dilandasan Ya Rabb. Mendapat keredhaan-Nya.Semoga kita sebagai umat Islam sentiasa diampunkan dosa, diterima setiap doa yang meniti di bibir, sentiasa peroleh syafaat, sentiasa berada di jalan yang benar, dikuatkan iman agar dapat melawan nafsu & godaan Syaitan laknatullah dan juga dijauhkan diri dari segala musibah yang boleh menyebabkan kita tersasar dari jalan agama-Nya. AMIN YA RABBAL  ALAMIN.Semoga coretan ini dapat dijadikan iktibar & juga kesedaran buat kita semua agar sentiasa berada dalam keinsafan selalu.

No comments:

Post a Comment